Wednesday, 18 February 2015

Program NILAM


      Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. 



Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
·          Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
·          Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah seperti berikut;
·          Bercerita
·          Membaca bersama
·          Bicara Buku
·          Meminjam buku
·          Memberi pinjaman buku
·          Ulasan Buku
·          Kamus Bergerak
·          Forum
·          Ceramah Buku
·          Ceramah
·          Jejak Buku
·          Khemah Membaca
·          Kuiz Pengetahuan
·          Radio dan TV Sekolah
·          Pameran Buku
·          Buku Skrap
·          Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)







No comments:

Post a Comment