Wednesday, 18 February 2015

Pameran dan Jualan Buku



Pameran dan Jualan Buku anjuran PSS Budiman telah berlansung 
pada 16 dan 17 Februari 2015; masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.











Program NILAM


      Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. 



Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
·          Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
·          Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru Darulaman adalah seperti berikut;
·          Bercerita
·          Membaca bersama
·          Bicara Buku
·          Meminjam buku
·          Memberi pinjaman buku
·          Ulasan Buku
·          Kamus Bergerak
·          Forum
·          Ceramah Buku
·          Ceramah
·          Jejak Buku
·          Khemah Membaca
·          Kuiz Pengetahuan
·          Radio dan TV Sekolah
·          Pameran Buku
·          Buku Skrap
·          Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)







Perjumpaan Kelab Pusat Sumber












Monday, 2 February 2015

Takwim Persekolahan Tahun 2015






Assalamu alaikum anak-anak pelajar SMK Bandar Baru Darulaman.
Bertemu lagi di laman ilmu Pusat Sumber sekolah.
Harap pelajar kerap berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadi Pusat Sumber tempat 
untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengulangkaji pelajaran.  
Selesai bulan Januari, sudah ada beberapa aktiviti sekolah dan PSS yang bermula, 
dan seterusnya disusuli dengan pemilihan pengawas PSS untuk sesi 2015. 
Harap semua pelajar dapat peka dengan maklumat di papan info PSS 
untuk tahu keputusan permohonan anda. Rujuk papan info ya..


Pendaftaran Kokurikulum Tahun 2015






Kursus Satu Hari
Pengurusan Kelab dan Persatuan di Sekolah